Sunday, July 24, 2011

Sekali Lagi.... Cinta Itu Milik Kita... Full Sinopsis by me! + Full Movie embed from Youtube!!

Assalamualaikum semua! Jugak selamat sejahtera pada bloggers non-Muslim. Kali ni aku nak review pasal filem terbaru Metrowealth Sdn. Bhd. iaitu Sekali Lagi... Cinta Itu Milik Kita..


Aku malas nak taip intro pasal panjang sangat so aku copy la dari Wikipedia Melayu
(aku sambung full sinopsis, jgn risau)



Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.
Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman. kali pertama shiela bertemu arman di padang permainan, shiela pengsan. ini membuatkan arman bingung dan perkara makin rumit apabila shiela memarahi arman di hospital seolah2 arman telah melakukan sesuatu yang tidak baik padanya. amy yang melihat kejadian itu bertanya kepada mamanya, tapi shiela tak memberitahu apa2 dan menyuruh amy untuk tidak berkawan dengan arman lagi. hari berikutnya, arman pergi berjumpa amy, namun dimarahi sekali lagi oleh shiela di hadapan haris. shiela menceritakan peristiwa pada haris tentang bapa amy mirip dan bernama arman. shiela dan bapa amy bercinta sejak dari sekolah dan mereka akhirnya berkahwin pada usia muda. apabila ayah shiela meniggal dunia, bapa amy meninggalkan shiela, menyebabkan dia menjadi ibu tunggal di saat awal mengandungkan amy. berikutnya apabila arman berjumpa amy, amy ingin melastiknya, tetapi arman menyorok di belakang shiela sebaik sahaja siela tiba di situ. arman yang berperangan seperti kanak kanak itu menyebabkan shiela teringan kenangannya bersama bapa amy dahulu... lalu shiela pon membawa arman ke semua tempat yang pernah menyaksikan kisah cinta dia dahulu dengan harapan agar dia dapat membuktikan arman adalah bapa amy, kekasihnya dulu. semua dilakukan oleh shiela tidak berjaya, sehingga shiela bertemu dengan farina ketika dia amy dan arman bersiar2 di taman tema. farina berkenalan dengan shiela dan menyatakan bahawa mak arman risau akan arman. dia juga berkata dia terpaksa berkahwin dengan arman. shiela yang mendengan farina akan berkahwin dengan arman amat marah dan merasakan arman menipunya. arman kemudiannya membawa amy bertemu dengan ibunya, mereka bergembira. ibu arman kemudiannya bertemu dengan farina untuk memberitahu sesuatu, tetapi farina sudah mengetahui bahawa arman pernah berkahwin, tetapi tidak kenal dengan isterinya. apabila amy pulang, dia dimarahi oleh shiela kerana berkawan dengan arman. tetapi ibu arman tiba di kedai haris dan bertemu shiela. ibu arman menceritakan hal yang sebenarnya pada shiela. rupanya ARMAN MEMANG AYAH AMY. arman merahsiakan hal ini dengan mengatakan shiela membencinya setelah dia disahkan menghidap tumor otak. shiela yang mendengan penjelasan itu menangis, bingung mengapa arman merahsiakan semua ini. ibunya juga tak tahu bahawa shiela pon tak tahu akan penyakit arman, dia juga memberitahu shiela yang arman jadi begitu selepas pembedahan.
selapas ibu arman balik, dia berbincang dengan haris tentang keputusannya untuk mengahwini haris.. dan memberitahu bahawa arman memang bapa amy. malam itu arman dapat panggilan telefon dari amy, dia terus berkejar mendapatkan amy di padang permainan. amy sedang menagis teresak2 dan berkata arman ialah bapanya. ibu arman yang melihat kejadian itu mengis, shiela sampai dan farina memberitahu bahawa kejadian antara dia dan arman di dalam bilik adalah rancangan pak su nya.. kini shiela sudahpon berkahwin dengan haris dan arman tetap menjadi ayah amy dan sentiasa bersama dengan amy, shiela dan haris....

fuhhh best beb citer nih nangesss happy sume ade... betapa agungnya cinta sam pada lisa hingga dia tak nak lisa tahu yang dia ada tumor...

so inilah sinopsis dan view aku dalam citer nih. apa2 hal selamat menonton di bawah



ENJOYYYY!!!

1 comment:

  1. hai, walau pun entri ni dah lama, tapi baru je singgah ... thanks sbb rajin buat full sinopsis pasal cerita ni. tindakan awak ni dpt tlong utk faham citer ni lebih detail dan betul. Klau ade mase, wtlah lagi untuk citer lain ...

    ReplyDelete

Created by the hand of