Sunday, June 5, 2011

Sana-Sini Nora Elena!

"Hakikatnya aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua, sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke, setengah ke, suku ke, saya terima. Saya redha" - Seth Tan

Hello semua!! Title blog aku kali ni agak merepek sbb kalo korang tengok post2 aku sebelum ni, aku lebih suka post pasal komputer, lawak dan life aku, ni first time aku try buat review pasal drama.



Nora Elena, sape yang x tengok drama yang tengah top kat TV3 nih? Aku sure 90% blogger malaysia tengok dan suka kt citer ni termasuk la aku. Citer pasal Nora Elena (Siti Saleha) yang kena rogol 10 taun dulu tp x bagitau sesape termasuk family dia. Jadi tahun 2011, hidup dia bertambah baik dan dah ade keje dan tunang bernama Saiful Idham (Zul Ariffin). Nora lpas tu jumpa pulak dengan Seth Tan (Aaron Aziz), sbb Nora dah tumpahkan air kt baju mamat nih (yg kebetulan dihadiahkan oleh si Idham) pastu dia baru tau Seth ni abang kawan baik dia masa kt mersing dulu, Maria Tan. Itu menjadikan diorang ni sekampung, Lpas tu dia jumpa plak ngan Inspektor Amir (Ery Putra), pon kawan sekampung gak, tp Nora tuduh Amir ni dulu yang rogol dia. Idham tunang nora ni plak workaholic (not alcoholic mahupun horlicks ais!), jadi nora punya date selalu la kena cancel. Seth pulak memang dah lama chinta kt Nora (ye la nama pon sekampung) so dia la yang selalu temankan nora, tumpangkan nora dsb. So bila berita ni sampai kt telinga Idham, dia putuskan tunang pastu lari ke Penang. Untuk cover malu, Seth ni bersetuju nak minang si Nora. Nora terima pon sebab dia x nak mak dia sakit lagi. Bila da kawen, nora plak x mampu nak terima Seth, tapi Seth tetap jadi suami yang sabar. Nora sakit dia jaga, nora kenakan dia, dia sabar, hari2 bagi bunga, sampai satu tahap bila Casey, bos nora hadiahkan Honeymoon kat diorang kat Cameron, kat situlah Nora sedar yang Seth betul2 cintakan dia...

So review ni takat episod 16 jer.. ade lagi 8 episod so kita tgk la ape yang jadi ye..

Poster

Penggerak Cerita










<--- Aaron Aziz



        Siti Saleha ------>












Ni la watak utama Nora Elena, nak tengok sweet giler diorang ni, Jgn lupe tgk citer Nora Elena kt TV 3, Isnin - Khamis jam 7.00 Malam! OK!

"Kenapa awak buat semua ni untuk saya?"
"Dah banyak kali Nora tanya abang tu. Dah banyak kali abang cakap. Abang sayangkan Nora"
"Itu aje ke?"
"Nora, ada apa lagi kepada seorang suami melainkan kasih sayang kepada isteriya"
-Nora & Seth




Orang kata citer ni adaptasi dari novel Kasih Yang Suci!

Link Download OST Nora Elena
(Semua link kt bawah bukan aku yang punya, aku jumpa kat google je. Credit kepada uploader2 yang da upload lagu nih)
Sofaz - Dan Bila Esok
Sofaz - Sesuatu Yang Berbeza
Sarah Aqilah - Biar Hati Yang Mencintai
Asfan _ Terhenti Di Sini
Ery Putra feat. Reen Rahim - Berubah
Ery putra, Reen Rahim & SHajiry - Jangan Kau Pergi

P/S : Kepada yang tak sempat tgk kt TV leh download kt SINI

"Suka warna apa?"
"Warna merah"
"Why?"
"Sebab warna merah melambangkan cinta"
"Maknanya, Nora dah cintakan abang sekarang?"
Nora & Seth



2 comments:

  1. suka cerita ni sebab kisah mereka sangat sweet^^

    ReplyDelete
  2. aah.. tp kalo diyana baca novel, try cari novel tajuk Sentuhan Kasih (Norhayati Berahim).. jalan cerita lebih kurang, cuma plot lagi banyak, cerita heavy sbb bnyk konflik

    ReplyDelete

Created by the hand of