Monday, October 25, 2010

Celcom Exec 50 + Nuffnang = BlackBerry Torch 9800.. Power Is In Your Hands

Huhuhu Salam semua blogger dan Nuffnagers sekalian.. hehehe mesti korang pelikkan sbb ape aku  tiba2 jer sapa semua Nuffnagers.. so kepada yang belum tahu, sila lah baca post ni sampai abes.. jgn ngelat ek..


Nuffnang Malaysia dan Celcom sedang mengadakan satu pertandingan di mana semua blogger boleh memenangi satu Blackberry Torch 9800, dimana blogger dikehendaki membuat satu post berkaitan dengan BlackBerry Torch 9800 dan Celcom Exec 50.. dan post yang terbaik akan diberikan hadiah berupa Blackberry Torch 9800 (braper banyak BlackBerry daaa).. ok so aku pon x nak la lepaskan peluang ni dimana tarikh tutup pertandingan adalah pada 28/10/2010 ni.. dah dekat kn2...


So inilah serba sedikit yang aku nak cerita pasal Blackberry Torch 9800 nih.




Ok.. pertama sekali apa yang aku dapat lihat kat BlackBerry Torch 9800 ni adalah bentuk. BlackBerry Torch 9800 mengekalkan identitinya melalui potongan chasis yang hampir sama dengan Bold 9700. Bahagian depan BlackBerry Torch 9800 dilengkapi dengan skrin 3.2 inci touchscreen seperti model Storm dan Storm 2 dan butang-butang normal BlackBerry (Call, Menu, Back & End) di bahagian bawah skrin. Di bahagian tepi kanan terdapat jack 3.5mm headphone korang, volume dan butang boleh laras yang secara normalnya disetkan untuk kamera. di bahagian kiri pula terdapat port Micro USB, butang Mute dan butang lock manakala kamera 5 megapixel terletak di bahagian belakang.




Keyboard QWERTY terletak di bahagian bawak skrin. Kalau korang perhatikan, korang x kan perasan track besi yang digunakan untuk slide skrin tu. ini menampakkan kekemasan dalam setiap design Blackberry tu kn2..

Dari segi sistem, phone ni ade 512MB RAM (2kali lagi besar dai model sebelumnyer) dan 4 GB internal Storage dan dilengkapi dengan slot MicroSD yang boleh tampung hingga 32 GB memori. besar kn.. nak buat hape besar2 cam tu? ntah la... hahaha.. WiFi pulak Blackberry akan bagi yang tebaik, so diorang lengkapkan Torch 9800 ni dengan 802.11 b/g/n (wireless n adalah wireless plaing laju stakat nih). 


Update korang punyer Facebook, Twitter dan lain2 social network dalam satu aplikasi jer... mudah kan... xyah nak buka multiple tabs lam browser.




Kamera? 5 MP cukup x untuk korang? kalo x cukup aku taktau la nk kate ape.. BlackBerry Torch 9800 ni dilengkapi dengan 5MP camera dan LED Flash.. huhuhu cukup la kalo korang nak amek gambar awek ke, family ker, gambar2 kenangan ke... kamera depan pulak boleh support sampai 640x480 video call resolution... terbaik dari ladang aku ckp.. hehehe



So.. ini aje yang aku dapat ceritakan pasal fizikal Blackberry Torch 9800.. kalo nak aku citer lebih lagi.. kena la bagi aku pkai sebijik dulu.. baru leh ckp panjang2.. cam celcom.. kn3 (amek hati sket) so Encik Celcom kalo bermurah hatu boleh la bagi aku sebijik phone ni supaya aku leh try sumer function yg ader ek..









Lagi satu... Celcom akan mengadakan pelancaran Blackberry Torch 9800 pada 28 oktober 2010. Pelbagai tawaran menarik untuk Blackberry torch akan diadakan bila korang mendaftar dengan Celcom - semasa majlis sahaja. Pelbagai aktiviti menarik, hadiah dan cenderahati akan disediakan.. jom ramai2 tunggu pelancaran BlackBerry Torch 9800!!!!


Sape2 yang nak per-register boleh masuk ke laman web nih :
http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php


Jadilah 100 orang pertama yang memiliki Blackberry Torch 9800 dengan pelan Celcom Exec 50 PascaBayar dan nikmati promost ekslusif pelanggan terawal. Dapatkan 
- Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125
- 8GB Micro SD Card bernilai RM68
- Energizer Portable bernilai RM58





Pakej Celcom Exec 50 ni banyak keistemewaan dan memang sesuai untuk semua golongan.. Antaranya?
  • Caj hanya 15 sen je untuk semua rangkaian termasuk telefon rumah.
  • Diskaun 30% setiap bulan secara automatik.
  • Kalau korang banyak cakap korang akan dapat lebih penjimatan serta diskaun
  • Caj sewa bulanan hanya RM50 bulan. Memang sangat berpatutan dan sesuai untuk student.
  • Percuma pelan Celcom Broadband Basic selama sebulan dengan speed sehingga 384kbps
  • Celcom Exec 50 memang plan terbaik untuk anda dengan speed yang sangat pantas, liputan rangkaian yang baik tanpa sebarang ganggunan diseluruh negara berbanding rangkaian lain yang hanya meliputi sesuatu tempat dan kawasan sahaja.
Celcom Exec 50 memang terbaek dari ladang habaq hang la. So jadi la orang yang pertama di Malaysia memiliki BlackBerry Touch 9800 dengan membuat pendaftaran di Celcom hari ini juga!


Jom ramai2 daftar Celcom Exec 50!!!!



2 comments:

Created by the hand of