Ramai yang berdebat di laman sosial tentang isu pemansuhan PTPTN atau Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara. Pelbagai pendapat diberi sama ada yang menyokong atau yang membangkang, Namun persoalannya, wajarkah PTPTN itu dihapuskan dan pendidikan diberi secara percuma?
Pada pendapat aku, pemansuhan PTPTN ini adalah TIDAK WAJAR. Sebab? Kita bandingkan dengan orang dulu, nak sambung belajar, jual kerbau, jual kambing, jual tanah, dan bukan semua orang boleh sambung belajar sebab dulu penduduk Malaysia kebanyakannya orang kampung dan daif. Zaman sekarang memang tak dinafikan bahawa taraf kehidupan rakyat Malaysia makin meningkat, tetapi kos pendidikan juga makin meningkat. Kalau orang dulu jual lembu, kambing dan tanah nak pergi belajar, orang sekarang nak jual apa? Kereta? Rumah? Semua hutang dengan bank. Ternakan? Nak jaga ayam pon tak nak, geli la ape la. Bila dapat PTPTN belanja sakan, beli itu beli ini, tengok wayang (bukan semua, tapi kebanyakannya). Dah tu, bila dah kerja, surat sampai suruh bayar, bising, kata mahal la ape la. Korang fikir balik, yang korang belanja sakan selama ni mahal ke murah.
Tapi aku memang tak setuju dengan kos pentadbiran yang dikenakan. Itu saja yang aku tak berkenan dengan PTPTN ni. Bayar tetap bayar, sebab hutang mesti dijelaskan, Tapi minta dimansuhkan ataupun dikurangkan kos pentadbiran tu.
Ini pendapat aku tentang PTPTN. Jangan dimansuhkan, cuma diperbetulkan sistemnya sahaja. Lagipon kos pentadbiran makin berkurang bila hutang tu makin kurang a.k.a korang bayar PTPTN tu. Bila korang sibuk nak mansuhkan PTPTN, korang pandang cermin, pastu tanya "Aku ada harta apa yang nak dicagar untuk tampung pembelajaran adik@anak aku nanti?"
Sekian, ini pendapat aku sajaha, Setuju atau tidak, pilihan masing masing.
Jual kerbau lembu sume tu malaysia je yang buat...kalau negara lain, diorg beri pendidikan secara percuma...jadi, xpayahla pelajar2 nk fikir, bekerja hanya untuk bayar balik duit ptptn...kan dh xikhlas kt ctu....huhu..
ReplyDelete