Friday, December 3, 2010

Minyak dan Kesannya

puhh..puhhh... uhuk..uhuk.. haktuih.. banyak giler habuksssss.... huu.. lamer aku x merepek kat blog nih.. sehingga la malam ni bila OH! Media mengumumkan harga minyak RON 95, Diesel dan Gula akan naik mulai 12 Tgh Malam ni....


Hmmmmm... korang sumer pelikkan sebab aper aku letak tajuk entri ni MINYAK DAN Kesanya. 


so sebelum aku nak mengamuk aku nk tanya pembaca semua satu soalan :










SAPER YANG BACA ENTRI NI X MENGGUNAKAN MINYAK PETROL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN?
(tak termasuk mereka yang berumur bawah 15 tahun dan atas 75 tahun serta yang telah meninggal dunia)









haaa.... aku percaya 96.88% rakyat negara Malaysia menggunakan minyak PETROL dalam kehidupan mereka. so aku boleh simpulkan yang pertol merupakan keperluan asas dalam kehidupan kita. aku buat kesimpulan macam ni la OK :





kalo org da x mampu nak beli minyak, bermakna orang dah x der point nak beli kereta.. baik naik bas... bila org da x nak beli kereta, PROTON ngan PERODUA nak jual aper?... bila PROTON dan PRODUA dah x der benda nak jual... maka mereka akan muflis.. jika mereka muflis, maka negara x lagi mempunyai keuntungan dari sektor automotif... dan ramai yang akan menganggur..


bila sektor automotif sudah tiada, maka pembelajaran utk sektor automotif juga akan menjadi tiada juga dinegara ini


bila kereta x der teksi juga x leh beroperasi.


kehadiran "PELANCONG" tanpa izin tuh menyebabkan kita x nak naik bas @ kenderaan awam.. aku baru kupas dari sektor automotif. aku x sentuh lagi sektor perniagaan, meningkatnya kos barangan maka meningkatlah harga barangan yang dijual. dari sektor pelancongan, pemandu pelancong dan agensi terpaksa mengenakan kos upah yang tinggi untuk mengcover kos perjalanan di malaysia


MINYAK naik, tambang naik, harga barangan di pasar naik, pembelian kereta menurun, kos sara hidup naik, kadar pengangguran akibat kemuflisan sektor2 tertentu meningkat,.. kalau dah ramai yang menganggur, camner ekonomi malaysia nak meningkat. banyak lagi benda yang boleh dinaikkan harga. ARAK contohnya, kenakan cukai sehingga 900% (kalau boleh), kita sebagai negara islam sepatutnya x der masalah kalau harga arak naik, malah kita lebih bersyukur kerana menghalang kadar pemabuk di kalangan umat islam di negara kita


KURANGKAN MAJLISx2 YANG TAK BERFAEDAH macam Islamic Fashion Festival.. memalukan negara...

secara ammnya, kita lihat naiknya harga minyak, kurangnya subsidi yang ditanggung kerajaan, maka beban kerajaan akan berkurangan... salah sebenarnya konsep tuh.. jangka masa pendek mungkin, tapi kesan paling teruk adalah dalam jangka masa panjang.. kenapa tak turunkan harga minyak. dari pandangan aku, minyak turun, kos pengeluaran turun, harga barangan turun, ekonomi mantap, tanggungan rakyat berkurangan, sektor2 tertentu dapat meningkatkan kadar keuntungan, kos sara hidup rendah, kemunculan perlbagai peluang pekerjaan berikutan kurangnya kos pengeluaran yang perlu ditanggung. dan banyak lagi..



kes PATI nih aku x leh nak ckp aper2 la.. aku rasa kalau keldai tu diajar jgn makan rumput hari2 silap2 berhasil.. tapi ni manusia beb.. slogan HINDARI RASUAH dah berpuluh ribu aku tgk.. tp ntah lah, aku pon x paham...


pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan pasal kes PATI ni, bukan jadi pihak BERKUASA MEMBAWA PATI ke Malaysia. ini cakap umum ok.. dalam setandan pisang bukan semuanya busuk.. yang menjalankan tugas, teruskan dengan usaha anda, yang terasa.. hmm ntah la... kang cakap sikit kena BANNED...lantak lah..


so korang pikirlah sendiri.. pihak kerajaan aku harapkan jangan pandang setakat 2-3 tahun jer kedepan... memang yang duduk berpangkat ni x rase apa2 kalau minyak naik sbab duit duiorang makan 14 keturunan belum tentu abes makan.. tp 88% rakyat Malaysia yang sederhana, hidup yang orang kata cukup makan nih, kenaikan harga minyak @ keperluan asas walaupun RM 0.15 , impak dia cukup mendalam. aku nak jugak tengok orang2 yang bertanggungjawab naikkan harga minyak ni turun pasar, beli barang sebelum harga minyak naik, pastu beli lagi 1 bulan lepas tuh.. korang yang terlibat dalam belanjawan @ kira2 negara ni kan pandai2, ape tak korang buat jer kira2 tanggungan perkapita rakyat malaysia yang sudah berkeluarga yang mempunyai 6 tanggungan, dan hasil pendapatan keluarga bawah RM 5000.... sakit beb. dah tu cukai tu ader, cukai ni ader, sikit2 cukai, uhhhh parah beb... kalau kata kasarnya MACAM NI TOKEI BABI PON JUAL KANDANG..




adiosssss

No comments:

Post a Comment

Created by the hand of